Nak Tahu Normal Atau Tak, Ini 7 Jenis Keputihan Yang Perlu Perempuan Tahu
Keputihan merupakan satu masalah yang sering kali dihadapi oleh golongan perempuan. Lendir yang keluar daripada vagina ini adalah gabungan air, bakteria dan sel-sel mati daripada lapisan dinding faraj yang di rembes setiap hari oleh vagina.
Kebanyakan lendir ini adalah rembesan badan semula jadi dan bukanlah memberi bahagia pada perempuan. Namun begitu, segelintir daripada lendir ini mungkin satu tanda yang tidak normal pada sistem peranakan korang.
Persoalannya, macam mana kita nak tahu sama ada keputihan itu adalah normal atau tidak?
Berikut adalah beberapa ciri-ciri keputihan yang boleh korang bezakan sendiri:
1. Tebal dan berwarna putih

Jika situasi ini berlaku beberapa hari sebelum haid korang datang atau beberapa hari selepas haid habis, keputihan ini selalunya normal.
2. Nipis dan tidak berwarna seperti putih telur

Jika rembesan ini berlaku dengan banyak di tengah bulan maknanya korang dalam tempoh subur. Lendir ini menjadi pelincir bertujuan untuk melancarkan perjalanan sperma ke dalam rahim, jadinya keputihan ini adalah normal.
3. Keputihan sedikit berwarna coklat

Keputihan seperti ini normal sekiranya ia berlaku selepas haid korang habis. Ia Cuma menunjukkan terdapat sedikit darah haid lama yang masih tertinggal.
4. Keputihan berair tidak berbau dan tidak gatal

Sekiranya tidak berbau atau berbau sikit je dan tidak berasa gatal, korang tak perlu risau okay?
5. Keputihan tebal dan rasa gatal

Vagina yang gatal selalunya bermaksud korang mengalami jangkitan dan sekiranya di sertai dengan keputihan yang pekat, korang mungkin mempunyai jangkitan yis, bacterial vaginosis atau jangkitan lain yang perlu dirawat.
6. Keputihan berwarna kuning kehijauan

Keputihan selalunya berwarna putih tapi jika ia disertai dengan warna kehijauan, mungkin menunjukkan ada jangkitan serius seperti jangkitan trichomoniasis yang tular melalui hubungan seks.
Jangkitan ini disertai dengan bau busuk, gatal dan pedih pada vagina.
7. Keputihan bercampur darah

Jika berlaku seperti ini, biasanya berlaku radang pada pangkal rahim tetapi ia juga mungkin sebagai salah satu tanda kanser serviks. Kalau korang mempunyai keputihan sebegini, cepat-cepatlah berjumpa dengan pakar sakit puan.
Sumber: Klinik Dr Raja Juhaidah