TIPS MEMILIH FOUNDATION YANG SESUAI MENGIKUT TONA KULIT

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

1.SESUAIKAN DENGAN JENIS & TONA KULIT

Pemilihan foundation yang tepat tidak terbatas dengan tona kulit sahaja. anda juga harus memadankan foundation dengan jenis kulit anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda perlu memilih untuk gunakan foundation yang bebas minyak atau oil free. Manakala untuk kulit yang kering pula anda harus gunakan foundation yang memiliki kandungan pelembab.

2. CALIT PADA LEHER

Untuk pemilihan warna foundation yang betul-betul sesuai dengan kulit anda adalah dengan mencubanya. Untuk percubaan foundation, anda perlu cuba calitkan di bahgian antara leher dan dagu atau pada bahagian leher berhampiran telinga.

3. CUBA DI BAWAH CAHAYA MATAHARI

Tahukah anda? cahaya lampu di kedai makeup terlalu terang dan terlalu kuat sehingga warna foundation kelihatan lebih terang daripada yang sepatutnya. Untuk pernampakan lebih jelas warna foundation tersebut anda keluar dan lihat warna foundation tersebut bawah cahaya matahari sama ada ianya sesuai atauntidak dengan warna kulit anda.

4. PILIH TEKSTUR FOUNDATION

Tips pemilihan foundation seterusnya adalah tekstur foundation. Tekstur foundation ada yang padat, cair, gel, cream dan powder. Tekstur berbeza, fungsinya pun berbeza juga. Berikut adalah jenis dari fungsi-fungsi foundation tersebut:

*Foundation Padat

Sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak.

*Foundation Cair

Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Tapi, foundation cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak, kerana formulasinya sangat ringan dibandingkan foundation tekstur lain.

*Foundation Gel

Sesuai untuk kulit kering dan normal cenderung kering, kerana teksturnya agak seakan sama dengan foundation cair. Foundation ini sesuai digunakan untuk kulit berjerawat.

*Foundation Cream

Bentuknya sama seperti foundation padat, hanya testurnya lebih “creamy” dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti cream. Tekstur foundation cream ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh orang yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ia kerana foundation cream sangat bagus untuk  menutupi parut hitam.

*Foundation Powder

Agak sama seakan dengan bedak serbuk, kemampuannya “meng-cover” lebih baik daripada bedak serbuk biasa. Tekstur foundation ini sesuai untuk kulit berminyak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment