Kulit muka kering menjadikan wajah anda kelihatan tidak bermaya dan kusam. Tahap parah berlaku apabila kulit kering tersebut mula mengelupas dan menjadi luka-luka yang berdarah. Awas! Kulit kering bukan sahaja berlaku dibibir, malah ia juga berlaku pada kulit muka. Kulit muka akan kelihatan kering sekiranya tidak mendapat zat vitamin atau mineral yang mencukupi.
Kesan pemakanan juga menyebabkan tekstur kulit muka anda menjadi kering dan mengelupas. Sebab itulah sayur dan buah-buahan sering dikaitkan dengan kulit cantik, kerana ia mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kulit untuk melembabkan kulit muka. Namun, untuk melembabkan kulit muka yang kering dengan cara yang cepat dan berkesan, tips atau petua luaran lebih berfungsi daripada petua dalaman. Petua dalaman seperti menjaga pemakanan dan sebagainya memakan masa untuk sel-sel kulit bertindak bagi melembabkan kulit. Dalam situasi sebegini, terdapat cara-cara yang boleh anda gunakan bagi melembabkan kulit muka anda yang kering dengan berkesan.
1. OLES DAN TEKAN MADU KE DALAM KULIT
Pernah tak anda dengar mengenai suntikan vitamin C untuk putihkan kulit? Begitulah juga konsep madu yang perlu kita gunakan untuk atasi masalah kulit muka kering. Madu adalah satu bahan yang sangat bagus untuk digunakan kerana madu dikategorikan sebagai makanan sunnah Nabi SAW dan tidak berbahaya. Anda perlu mengambil madu dan sapukan ke kulit muka anda dengan urutan yang mendalam dan perlu ditekankan supaya ia dapat memasuki setiap lubang pori-pori kulit pada muka anda. Madu juga merupakan anti oksidan yang bertindak dengan cara membuang segala kotoran dan membersihkan kulit lalu mengalirkan darah muka dengan lancar, secara automatiknya kulit akan jadi lebih lembab dan kulit-kulit kering yang rosak akan terawat dan bertukar menjadi kulit baru.

2. TEMPEKKAN GEL ALOE VERA ATAU LIDAH BUAYA ASLI PADA MUKA
Pada zaman moden seperti sekarang ini, masih adam lagi ka pokok lidah buaya asli? Sekiranya ada, anda boleh gunakan lidah buaya dan tonyohkan ia ke seluruh wajah anda, kulit pasti akan terasa sejuk dan dingin. Lama kelamaan anda akan merasakan kulit muka anda semakin lembab dan tidak kering lagi. Ini adalah cara yang paling mudah, cepat dan berkesan. Namun, jika tidak ada pokok lidah buaya, anda boleh menggunakan gel aloe vera yang dijual di farmasi. Ia lebih selamat daripada membeli produk aloe vera yang berada di pasaran.

3. MENYAPU MINYAK ZAITON ASLI PADA KULIT WAJAH
Minyak zaitun atau dikenali olive oil mengandungi banyak khasiat nya yang tersendiri seperti vitamin E, trigliserida, tokoferol dan pelbagai lagi. Vitamin serta zat yang ada dalam minyak zaiton menjadikan ia sangat berfungsi dalam melembabkan kulit muka dan mengatasi masalah kulit muka. Ia juga boleh dijadikan sebagai rawatan wajah atau ejen awet muda bagi kulit anda semua. Anda hanya perlu sapu dan ratakan pada kesemua permukaan kulit muka anda untuk kesan yang hebat dan berkesan. Ia juga akan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda.

UNTUK MENAMPAKKAN KESAN YANG LEBIH CEPAT DAN BERKESAN GUNALAH SL FACIAL MIST TAK PERLU SUSAH PAYAH NAK TEMPEK DEKAT MUKA HANYA SPRAY DEKAT MUKA JAA DAH BERKESAN… UNTUK MAKLUMAT LEBIH DETAIL BOLEH KE PAGE FB KAMI SECRETS LIVING ATAU SL BEAUTY MALAYSIA
