Tips Lawas Buang Air Besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Tidak lawas membuatkan perut kembung tidak selesa

Pernah tak rasa perut tidak hadam dan tidak lawas buang air besar? Rasa tak selesa bila tidak lawas kan. Seolah ‘urusan membuang’ itu belum selesai 100%. Masih ada yang tertinggal tapi tak mahu keluar. Pernah rasa begitu?

Tidak lawas ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai sembelit. Bagi mereka yang lawas, sekurang-kurangnya akan buang air besar sekali sehari.

Kalau hanya buang air besar selang 3 hari atau seminggu sekali, maka anda memang ada masalah tidak lawas ataupun sembelit!

Punca Tidak Lawas Buang Air Besar

  1. Kurang serat dalam diet pemakanan harian.
  2. Kurang minum air putih ( sekurang-kurangnya 3 liter sehari).
  3. Perubahan suasana rutin seperti mengandung, sedang mengembara ataupun proses penuaan.
  4. Kurang bersenam atau kurangnya aktiviti fizikal.
  5. Pengambilan ubat-ubatan.
  6. Penyalahgunaan julap. Contohnya terbiasa minum Teh Orang Kampung untuk senang membuang. Lama-lama, hanya dapat buang air besar jika minum teh ini.
  7. Tabiat suka menahan air besar. Bila suka menahan air besar, akhirnya air besar merajuk tidak mahu keluar lagi. Hehe.

Tips Lawas Buang Air Besar

  1. Banyak minum air kosong.
  2. Ambil makanan berserat yang cukup dalam diet makanan.
  3. Elakkan minum / makan julap yang boleh menyebabkan anda terpaksa bergantung kepadanya untuk membuang air besar. Detox sekali sekali tiada masalah.
  4. Rajin bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Rangsang otot anda.
  5. Elakkan tabiat suka menahan air besar. Walaupun tidak terasa hendak buang air besar, cuba duduk di dalam tandas seketika setiap pagi seolah ingin buang air besar. Kadang-kadang memang akan buang air besar juga walaupun perut tidak sakit.

Bagi anda yang memang ada masalah BESAR iaitu SANGAT TIDAK LAWAS dan SEMBELIT TERUK, maka eloklah anda dapatkan MINUMAN KESIHATAN UNTUK LAWAS hari ini :

Minuman Kesihatan untuk lawas ialah  SL SUPPLEMENT. :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment