
Lazim kita baca mengenai tips dan panduan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana tubuh yang ramping dan ‘fit’ menjadi keinginan setiap orang yang juga mengukur taraf kesihatan seseorang.
Diet yang ketat dan senaman yang berterusan antara panduan paling asas dalam program penurunan berat badan. Namun, bukan semua orang yang berjuang untuk menguruskan tubuh, sebaliknya ada orang yang berharap sebaliknya.
Ini kerana sama seperti berlebihan berat, kekurangan berat juga tidak sihat.
Di bawah adalah beberapa cadangan yang boleh membantu mereka yang mahukan tubuh badan yang sedikit berisi dan menambahkan berat badan secara sihat.
- Kentang

Kentang adalah sumber kalori yang baik untuk badan. Selain kentang, sumber makanan lain yang mengandungi kanji seperti oat dan pasta jugamenggandungi kalori yang tinggi. Kentang boleh membantu tubuh menerima lebih banyak kalori di samping menyimpan glikogen dalam otot. Glikogen adalah sumber utama bahan bakar ketika aktiviti dan senaman. Ia juga mengandungi serat dan nutrien penting lain untuk mengekalkan prestasi bakteria usus.
2. Nasi

Kita sebagai rakyat Malaysia sememanya sukar hidup tanpa nasi. Tetapi bagi mereka yang mengamalkan diet ketogenik, nasi adalah musuh. Namun, bagi mereka yang kurus, nasi harus menjadi kawan baik kerana ia membekalkan sumber karbohidrat yang penting.
Nasi boleh membantu meningkatkan berat badan kerana mengandungi karbohidrat dan sangat sedikit lemak.
3. Susu

Susu menawarkan 3 nutrien penting untuk meningkatkan berat badan seperti lemak, karbohidrat dan protein. Selain itu, ia juga merupakan sumber vitamin dan mineral, termasuk kalsium, untuk pembentukan tulang.
Protein mempunyai peranan besar untuk membentuk jisim otot. Satu kajian mendapati selepas bersenam, amalam meminum susu membantu tubuh membina otot dengan lebih berkesan daripada memakan produk berasaskan soya.
4. Kacang tanah

Kacang tanah, salah satu cara yang paling sihat untuk meningkatkan berat badan. Sama juga dengan pengambilan mentega kacang. Ini kerana sebilangan kecil kacang mengandungi 7 gram protein dan 18 gram lemak sihat.
5. Avocado

Mahu mengambil lemak sihat? Jawapannya adalah avakado. Buah avakado mengandungi asid lemak tak tepu yang baik untuk badan, terutama sekali bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Sebiji avakado besar mengandungi kira-kira 322 kalori, 29 gram lemak, dan 17 gram serat. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral.
6. Daging merah

Pengambilan daging merah dalam diet terbukti meningkatkan jisim otot. Menu steak daging mengandungi leucine dan creatin, 2 nutrien yang memainkan peranan penting untuk meningkatkan jisim otot. Namun anda disyorkan untuk memakan sebahagian daging dengan lapisan lemak nipis.