SUKAR UNTUK HAMIL?

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Woman hand holding pregnancy test and result is not pregnant

“Dah masuk setahun aku mencuba, tapi belum ada rezeki nak dapat anak. Risau juga. Memang normalkah atau ini tanda tidak subur?”

Lepas beberapa bulan berkahwin, ramailah yang akan bertanya ‘bila nak ada isi’. Kalau belum, mesti ada yang bertanya sama ada kita memang merancang kehamilan atau sebaliknya. Soalan ini sangat sensitif, hingga ia boleh menyebabkan kita berasa sangat tertekan.

Bagi yang memang mengharapkan kehadiran cahaya mata, sudah tentu anda akan mula berasa kecewa dan mula mempersoalkan kenapa benih anda ‘susah lekat’.

8 TANDA TIDAK SUBUR BAGI WANITA

Secara saintifiknya, ini 8 tanda anda mengalami tanda tidak subur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

1. HAID ANDA TERLALU BANYAK

Jika anda perasan haid anda makin banyak dan lebih ‘heavy’ beberapa kali kebelakangan ini, anda patut tahu bahawa ia adalah salah satu simptom menorrhagia.Ia adalah salah satu masalah kesihatan yang dikaitkan dengan tanda tidak subur. Menurut Mayo Clinic, terdapat beberapa faktor mendorong menorrhagia antaranya pengambilan sesetengah ubat-ubatan, UID, komplikasi kehamilan, atau ketidakseimbangan hormon – iaitu punca yang paling utama.

.

2. HAID ANDA TAK TETAP

Pernahkah anda mencatat tarikh haid anda? Jika tidak, inilah masanya anda mengenal kitaran haid anda untuk mengetahui sama ada ianya normal.Jika anda hanya lewat 2-3 hari berbanding hari biasa, ini bukanlah masalah besar. Tetapi, jika haid anda ‘datang dan pergi’, sekejap ada, sekejap tak ada, ini mungkin petanda anda tidak mengalami ovulasi. Kalau tak ‘period’ langsung, anda harus cepat merujuk kepada pakar. Menurut laman kesihatan Web MD, lebih 30-40% wanita yang mengalami pusingan haid tak tetap ini memang mengalami masalah kesuburan.

,

3. HAID YANG TERLALU MENYAKITKAN

Relaks. Kalau sakit sedikit seperti ‘cramp’, ini biasa. Ada yang sakit sampai rasa susah nak buat kerja, ini pun biasa. Tapi, kesakitan luarbiasa yang boleh buat anda sangat terseksa hingga berguling-guling dikhuatiri berpunca daripada penyakit endometriosis. Penyakit ini muncul ketika jaringan dari lapisan dalam dinding rahim atau endometrium tumbuh di luar rongga rahim. Antara tanda lain endometriosis termasuklah kesakitan ketika hubungan seks, kesakitan pada dubur, atau pendarahan pada air kencing dan najis.

.

4. BANYAK SANGAT JERAWAT

Perubahan ketara pada kulit juga menandakan perubahan pada paras hormon anda.Lebih spesifik lagi, ia dikaitkan dengan masalah PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Keadaan ini berlaku apabila seseorang mempunyai lebihan hormon androgen atau ‘hormon lelaki’. Seperti endometriosis, PCOS akan mengganggu kitaran haid dan sekaligus menjejaskan proses ovulasi.

5. LEBIHAN BULU BADAN

Akibat lebihan hormon androgen atau ‘hormon lelaki’, salah satu tanda tidak subur adalah tumbuhnya lebihan bulu-bulu pada badan atau wajah.Jika anda mula mendapati anda perlu lebih kerap bercukur, ianya mungkin salah satu tanda ketidakseimbangan hormon atau PCOS.

6. RAMBUT GUGUR

Selain kulit, kualiti rambut adalah antara tanda ukur bagi tahap kesihatan anda.Terdapat banyak sebab keguguran rambut yang boleh berlaku seperti stres, kurang tidur, anemia, dan tiroid. Namun, salah satu puncanya adalah masalah keseimbangan hormon.

.

7. ‘TERSEKSA’ DENGAN HUBUNGAN SEKS

Selain stres atau masalah dalam rumah tangga, kurangnya nafsu untuk berhubungan seks adalah tanda tidak subur yang perlu anda ketahui.Bagi sesetengah wanita, hubungan seks adalah sangat menyakitkan, terutamanya bagi mereka yang mengalami endometriosis. Seks adalah perkara yang mustahak dalam hubungan suami isteri, bukan saja dalam soal untuk mendapatkan zuriat. Oleh itu, jangan abaikan tanda ini jika anda mengalaminya.

8. NAIK BERAT BADAN SECARA MENDADAK

Adakah berat badan anda naik mendadak sejak kebelakangan ini? Cuba periksa diet anda, jika bukan disebabkan faktor makanan, ia mungkin kesan tindakbalas tubuh anda terhadap insulin.Wanita yang mengalami PCOS dan mempunyai lebihan hormon androgen dipercayai memiliki daya rintangan yang lebih terhadap insulin, lalu menyebabkan anda sukar turut berat badan walaupun tidak ada sebarang perubahan pada rutin harian.

KETIDAKSUBURAN BOLEH DIRAWAT

Tanda tidak subur ini adalah antara tanda yang agak umum dan mungkin dialami oleh kerana pelbagai lagi faktor luaran yang lain.Untuk mendapatkan kepastian, anda boleh mendapatkan konsultansi secara terus dengan doktor pakar sakit Puan atau Klinik LPPKN berdekatan yang menyediakan khidmat fertiliti yang khusus. Apa pun, janganlah bersedih kerana semua masalah ini boleh dirawat. Malah, ramai wanita berjaya mengatasinya dan berjaya hamil seperti biasa.

Disebabkan ketidaseimbangan hormon juga menyumbang kepada kesukaran untuk hamil. Hormon yang tidak stabil juga boleh dirawat dengan meminum minuman kesihatan campuran botanik iaitu SL Supplement.


Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment