Sebab mengapa berat badan semakin meningkat?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Biasanya bila bercakap tentang kenaikan berat badan, orang akan selalu kaitkan ia dengan faktor seperti perkahwinan dan alam kerja. Tapi betul ke macam tu? Saya sendiri tak pasti bagaimana dan kenapa 2 faktor ni sering dijadikan bahan alasan, hatta kedua-duanya adalah antara alasan yang popular.

Namun saya ada pandangan saya sendiri apabila merujuk kepada kenaikan berat badan tak ‘tersengaja’ (macam tajuk drama lah pula ya). Meh saya kongsikan faktor (perincian sebenar) mengapa berat badan anda bertambah dari tahun ke tahun. 

  1. Tidur yang kurang mencukupi.

Perubahan hormon akan berlaku bila tak cukup tidur. Perubahan ini mampu meningkatkan tahap puaka ketika makan. Otak pun sukar nak tafsir rasa kenyang sebab tak cukup rehat.

2. Sindrom Polycystic Ovarian (PCOS)

Kes ini hanya khusus untuk wanita. Biasanya kalau ada pcos ni, akan ada masalah lain yang menyusul, paling ketara excess insulin oleh pankreas. Insulin ni hormon anabolic dan mampu stimulate pembesaran terutamanya pembesaran jisim lemak.

3. Masalah penghadaman

Masalah ini termasuklah pergerakan ‘bowel’ yang perlahan. Kalau terlalu jarang untuk ‘membuang’, mungkin faktor2 seperti dehidrasi (kurang minum air), pengambilan ubatan tertentu, diet rendah serat dan kekurangan flora yang baik dalam usus.

Mengambil makanan yang tinggi serat dan makanan/suplemen yang mengandungi probiotics mungkin membantu masalah ini. Serat2 ini merupakan ‘makanan’ kepada probiotics ini, justeru pastikan kelestarian di dalam usus anda kekal terpelihara, hehe…

4. Berhenti merokok.

Berhenti merokok adalah benda yang baik. Tetapi ia datang dengan satu ‘bayaran’ – peningkatan berat badan. Hal ini disebabkan kebanyakkan mereka yang cuba berhenti merokok akan menggantikannya dengan ambilan snek, gula-gula getah dan gula-gula manis. Penurunan paras nicotine dalam badan juga akan membuatkan sedikit penurunan kadar metabolik, sekaligus mempengaruhi peningkatan berat badan.

Untuk atasi masalah ini, pastikan bersenam juga sebagai satu usaha ketika berhenti merokok. Alang2 nak berubah ke arah gaya hidup sihat kan?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment