Di Malaysia masalah sakit sendi lutut adalah salah satu penyakit yang biasa dialami oleh sebilangan besar masyarakat di sini dan bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia juga banyak masyarakt yang mengalami masalah ini.
Penyakit radang rawan sendi lutut atau lebih dikenali osteoarthritis ini terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Ia boleh menyerang semua sendi jenis tisu lembut (sinovium) tetapi lebih berisiko terhadap sendi besar yang menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan pergelangan kaki.
Bagi osteoarthritis primerpula kebanyakan pesakit akan mula mengalami simptom ini seawal usia 40-an dan faktor utama bagi penyakit berkenaan adalah berkaitan dengan genetik selain aktiviti dan berat badan berlebihan.
Osteoarthritis sekunder pula adalah disebabkan faktor luaran yang bertindak ke atas rawan sendi sehingga menyebabkan gejala osteoarthritis terjadi. Ia boleh dialami oleh golongan berusia seawal 30-an jika tidak ditangani dengan segera.

9 Tips Merawat Sakit Lutut dengan Menggunakan Bahan Semulajadi
Tips merawat sakit lutut ini banyak menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati dan senang diamalkan oleh pesakit. Jom baca sampai habis untuk tips sembukan sakit lutut anda.
Sakit lutut biasanya berlaku adalah disebabkan oleh sendi lutut yang semakin haus dan pelincir lutut yang semakin berkurang. Terdapat banyak cara dan petua merawat sakit lutut yang boleh diamalkan oleh kita semua. Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut tersebut.
Banyak cara yang boleh kita dapat di google untuk merawat masalah sakit lutut termasuklah rawatan semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah selain rawatan perubatan seperti penggunaan ubatan dadah, suntikan dan juga pembedahan.
Terdapat beberapa cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah sahaja untuk sakit lutut yang disebabkan oleh keradangan, arthritis atau kecederaan minor.
Jika anda mengalami yang agak serius dan kritikal, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kerana terdapat beberapa jenis sakit lutut yang memerlukan rawatan di hospital.
Nak tahu petua menghilangkan sakit lutut tersebut? Jom kita tengok dan amalkan petua rawat sakit lutut di bawah.
Petua Sakit Lutut #1 : Halia

Untuk pengetahuan anda semua halia adalah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana khasiat yang terdapat pada halia itu sendiri sebagai anti-radang. Kajian artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan bersama dengan rawatan prekripsi.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Hancurkan sekepingan kecil halia
2. Masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit
3. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon
4. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang
Petua Sakit Lutut #2 : Kunyit

Manakala kunyit pula mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit. Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air
2. Didihkan selama 10 minit
3. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.
Petua Sakit Lutut #3 : Lemon

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil
2. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas
3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan
4. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit
5. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang
Petua Sakit Lutut #4 : Cuka Epal Cider

Cuka epal cider boleh membantu melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut disebabkan oleh sifat alkalinya. Ia juga membantu memulihkan pelincir dan seterusnya mengurangkan rasa sakit dan membantu pergerakan.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis
2. Hirup campuran ini sepanjang hari
3. Amalkan petua sakit lutut ini dengan minum setiap hari hingga anda pulih sepenuhnya.
Petua Sakit Lutut #5 : Garam Epsom

Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh melegakan sakit lutut.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Tambah setengan cawan garam Epsom kepada air mandian yang suam dan kacau sebati
2. Rendamkan lutut yang sakit dalam campuran air suam tadi selama 15 minit
3. Lakukan beberapa kali seminggu hingga sakit lega
Petua Sakit Lutut #6 : Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut. Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Campurkan 5-7 titik minyak kayu putih dan 5-7 titik minyak pepermin bersama-sama
2. Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun
3. Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari
4. Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.
Petua Sakit Lutut #7 : Minyak Biji Sawi

Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan, selain membantu memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kesakitan.
Cara amal petua sakit lutut:
1. Panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi
2. Kemudian, goreng seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan
3. Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi
4. Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing
5. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit
6. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.
Petua Sakit Lutut #8 : Minyak Herba

Kajian juga mendapati bam yang diperbuat daripada kayu manis, halia, lada hitam dan minyak bijan adalah berkesan sama seperti krim arthritis yang mengandungi salisilat iaitu rawatan yang biasa digunakan untuk sakit lutut.
Petua Sakit Lutut #9 : Kulit Lembu

Ramai yang tidak tahu bahawa kulit lembu adalah sumber yang kaya dengan protin, terutamanya kolagen dan amalan petua sakit lutut yang berkesan.
Kolagen bagus untuk kulit yang anjal dan sendi lutut yang sakit. Selain melambatkan proses penuaan, kolagen jugak bagus untuk pesakit arthritis yang selalu mengalami kesakitan di bahagian sendi.
Apakah Kolagen dan Manfaatnya?
Dalam bahasa mudahnya, kolagen adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai ‘gam’ yang memegang bahagian badan kita. Faedah kolagen bukan hanya untuk kulit tetapi juga baik untuk jantung dan dapat meningkatkan stamina.
Faedah lain mengambil kolagen adalah:
1. Kulit yang lebih sihat dan muda.
2. Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
3. Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
4. Membantu badan dalam membakar lemak, bagus untuk menurunkan berat badan.
5. Melambatkan kesan arthritis.
6. Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).
Orang dulu-dulu kalau sakit lutut mereka akan meminum sup kulit lembu. Nak tahu tak kenapa?
Kajian sekarang dah terbukti bahawa Kolagen Type 2 yang ada dalam kulit lembu sangat efektif untuk merawat sendi dari dalam.
Kolagen ini tak sama tau dengan kolagen biasa yang digunakan dalam produk kosmetik sebab ia khusus untuk memperbaiki sendi dan lutut yang rosak secara khusus.
Untuk kalau anda nak lebih senang untuk hilangkan sakit lutut dengan lebih cepat anda boleh cuba produk dari SECRETS LIVING iaitu SL SUPPLEMENT di mana ia baik untuk hormon dalaman dan luaran wanit. SL SUPPLEMENT juga dapat membantu anda untuk atasi masalah sakit lutut dengan lebih cepat sakit pon tak rasa tau…jika anda berminat anda boleh pergi ke page kami di SECRETS LIVING untuk dapatkan SL SUPPLEMENT.
