Resepi Puding Jagung

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Bahan-bahan :

  • Satu cawan tepung kastard
  • 800ml santan (500 ml santan pekat campur air biasa 300 ml)
    300ml air (ini asing)
  • 1 tin Jagung manis (guna brand adabi, ambil isi sahaja)
  • Satu cawan gula, jika suka lagi manis boleh lebihkan

Nota : Guna santan kotak brand kara. Nak guna santan asli pun boleh lagi sedap.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan air biasa 300 ml.
  2. Selepas itu kacau pakai whisk atau senduk pun boleh. Kacau hingga tepung tak berketul.
  3. Bila tepung dah tak berketul, masukkan santan 800 ml.
  4. Masukkan gula.
  5. Masukkan satu tin jagung manis.
  6. Kacau sebati.
    Nota : kalau suka jagung halus boleh blender jagung, tapi bagi saya lagi sedap jika masuk sebiji-sebiji macam resepi di atas.
  7. Masukkan ke dalam kuali atau periuk.
  8. Masukkan semua bahan tadi. Buka api kecil.
  9. Masukkan sedikit garam bagi rasa lemak, dalam satu atau setengah sudu kecil sahaja.
    Nota : INGAT!!Amaran keras kena sentiasa kacau. Jangan biar ya. Kalau tak dia boleh jadi hangus.
  10. Kacau sampai jadi likat dan berkilat.
  11. Untuk warna kuning cantik, saya tambah setengah sudu kecil pewarna (option).
  12. Akhir sekali masukkan kedalam loyang.
  13. Ratakan permukaan pakai pisau sapu jem atau sudu kalau nak bagi licin.
  14. Kalau menggerutu sikit tidak apa. Janji sedap. Guna loyang size 20 cm.
  15. Biarkan sejuk sekejap baru masukkan dalam peti ais.
  16. Biar selama sejam.
  17. Sila potong dan hidang sesuka anda.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment