
Resepi Oleh: Mat Gebu
Sumber: Azlita Masam Manis
Ibu sirap rose secukupnya. Ita guna yang dah ada gula
1 tin laici
Air masak atau air mineral secukupnya
1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya
- Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.
- Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.
2. Blue Ocean

Sumber: AZLITA MASAM MANIS
1 botol kecil minuman soda warna biru ~ ita guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
air secukupnya
- Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
- Kemudian masukkan nata de coco
- Tuangkan air soda biru mountendew
- Masukkan juga biji selasih dan ketulan air
- Sedia di hidangkan
- Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.
3. Air Mata Kucing

SUMBER: AZLITA MASAM MANIS
Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
Air secukupnya
Daun pandan di simpul
- Cuci buah mata kucing hingga bersih
- Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
- Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
- Perasakan dengan gula.
- Siap dihidangkan panas atau sejuk.
4. Fair Lady

Resepi oleh : Syafik Kyle dan Sonaone
Rujukkan : Bila Bujang Masuk Dapur
Sumber : Azlita Masam Manis
Air oren secukupnya
1 tin laici dalam tin
nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
ais batu secukupnya
- Mula-mula sediakan air oren dahulu. Ita guna air oren Sunquick. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
- Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih.
- Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais. Sedia dinikmati.
5. Milky Rambutan

Olahan dari resepi Milk Shake Rambutan
Rujukkan dari : Bila Bujang Masuk Dapur
Oleh : Syafiq Kyle dan Sonaone
Sumber : Azlita Masam Manis
1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam
- Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug
masukkan air gula dan rasakan secukup rasa - Tambah air jika perlu
- Letakkan ketulan ais dan biji selasih
- Sedia di hidangkan dingin
6. Jus Kedondong Asam Boi

Resepi Oleh: Dapur Tanpa Sempadan
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya
- Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
- Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
- Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
- Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
- Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
- Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
- Kacau dan biarkan sekejap.
- Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
- Sedap diminum sejuk
7. Jus Tembikai Ber Nata

Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
tembikai merah/kuning
gula ~ secukup rasa manis yg disukai
nata ~ sebarang perisa
ais kiub secukupnya
Cara:
- Blend/kisar tembikai yg dipotong hingga hancur bersama gula.
- Masukkan nata ke dalam gelas dan diikuti dgn ais kiub.
- Tuangkan tembikai tadi ke dalam gelas.
- Sedia untuk dinikmati. Boleh juga jika nak blend tembikai bersama ais kiub.