PENYEBAB KEPUTIHAN PADA WANITA

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Topik kita pada hari ini adalah berkenaan keputihan dan penyebab keputihan itu berlaku. Tetapi sebelum itu, kita harus ketahui cara untuk membezakan apa yang normal dengan yang bermasalah.

Pernahkah faraj terasa gatal yang teruk? Mungkin juga lendir yang berbau? Kemungkinan besar ialah anda mengalami keputihan. Keputihan tidak mengenal usia dan status perkahwinan. Walaupun ramai mengadu mengalami keputihan ketika hamil, ramai juga wanita muda yang dijangkiti penyakit ini. Keputihan yang berlebihan bakal mengundang banyak masalah.

penyebab keputihan pada wanita

KEADAAN NORMAL

Pada kebiasaannya, lendir faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang berlendir dan tidak berbeku adalah normal, tetapi apabila ia mula berbau hanyir, berbeku, terdapat keradangan atau kegatalan menandakan keputihan yang bermasalah.

Faktor utama penyebab keputihan berlaku adalah disebabkan bakteria yang berlebihan yang terdapat di dalam faraj. Pertumbuhan bakteria tersebut dikawal dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk tahap keasidan (pH) dan hormon-hormon. Sebarang perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan jangkitan atau pertumbuhan pesat bakteria normal yang menyebabkan keputihan.

PENYEBAB KEPUTIHAN

Antara penyebab keputihan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

  • Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
  • Pengambilan antibiotik atau steroid
  • Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
  • Pil perancang keluarga
  • Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
  • Diabetes
  • Sabun wangi, losyen atau mandian buih
  • Penyakit radang pelvik
  • Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
  • Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
  • Jangkitan kulat
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment