JOM DIET SELAMA 3 BULAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN 30 KG DAN DAPATKAN BERAT BADAN YANG ANDA INGINKAN !!!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Untuk hilang 30 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Jom kita lihat jadual permakanan diet harian yang berkesan untuk turunkan berat badan 30 KG dalam masa 3 bulan sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari ya rakan2 ?.

1. SARAPAN PAGI

Setiap pagi sanda perlu pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

2 minggu pertama anda perlu makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.

Selepas dua minggu pertama anda perlu mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi adalah masa yang sesuai untuk sarapan. Jangan sarapan terlalu lewat selepas pukul 9 kerana berat badan akan naik mendadak walaupun makan sekali sehari.

2. MINUM PAGI

Anda tidak boleh cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi anda perlu minum air kosong dengan banyak. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. MAKAN TENGAHARI

Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari anda perlu meminum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut anda terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. hahaha. ?

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar atau ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. MINUM PETANG

Untuk minum petang anda perlu minum teh hijau kosong araupun kopi kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut anda tidak boleh minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama anda tak digalakkan ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni korang boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.

5. MAKAN MALAM

Di antara waktu 6-8 malam korang dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahari atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. MINUM MALAM

Untuk minum malam pula korang perlu akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

NOTA-NOTA LAIN YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI DIET

  • Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
  • Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
  • Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
  • Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
  • Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
  • Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
  • Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
  • Jangan tinggal buah.
  • Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga jangan sentuh.
  • Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja.

BAHAGIKAN PORTION MAKAN DENGAN BIJAK

Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.

Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.

Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.

1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.

Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.

Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.

Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.

Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.

Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.

UNTUK PERNAMPAKAN KESAN LEBIH CEPAT ANDA BOLEH CUBA SL SUPPLEMENT DARI SECRETS LIVING DALAM MASA 7 HARI SAHAJA ANDA BOLEH HILANGKAN BERAT BADAN ANDA 5KG WOWWW……UNTUK DAPATKAN SL SUPPLEMENT NIH ANDA BOLEH KE PAGE KAMI DI FACEBOOK SECRETS LIVING DAN TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SITU KAMI AKAN WHATSAPP KORANG DENGAN PANTAS….

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment