CARA PENJAGAAN KULIT MUKA BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Bagi anda yang ada masalah jerawat mungkin sangat memahami keadaan dimana terdapat kesan bekas jerawat, tompok-tompok kemerahan dan kehitaman. Walaupun jerawat dah tak ada tapi tompok-tompok peninggalan kesan jerawat ini sangat tidak sedap mata untuk dipandang kan.

Sebelum itu saya ingin dinyatakan disini bahawa saya bukanlah seorang pakar kulit bertauliah. Idea datang untuk tulis tentang masalah kulit muka ini timbul selepas terpandang seorang anak remaja yang ada masalah kulit muka yang serius bagi saya.

Saya Cuma nak share ilmu basic berkenaan masalah penjagaan kulit muka berdasarkan pengalaman sendiri dan hasil gugel sana sini. Segala link sumber rujukan artikel ini saya akan nyatakan di akhir artikel.

Jadi, artikel ni agak panjang. Sila bookmark untuk rujukan masa depan. Saya cuba untuk satukan semua info tentang topik ini dalam satu artikel.

Ada dua musuh utama kepada kulit muka.

1. Akne/jerawat
Disebabkan oleh liang roma tersumbat, pengeluaran minyak berlebihan dari kalenjar minyak (sebaceous gland) dan jangkitan bakteria Propionebacterium acnes.

Menurut laman web myhealth.gov.my, akne atau jerawat ini bukan disebabkan oleh makanan berminyak, kacang atau coklat dan juga bukan disebakan oleh resdung.

2. Pityrosporum Follicuitis / ruam menyerupai jerawat

Akne/ Jerawat

Merawat kulit muka dari masalah jerawat memerlukan kesabaran yang tinggi, dan ianya mengambil masa. Jangan harapkan result dalam masa yang singkat kerana takut nanti mengecewakan diri sendiri.

Jangan juga menggunakan pelbagai jenis produk dalam satu-satu masa, dengan harapan jerawat akan hilang sekelip mata. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit muka kita.

Harus diingat, penggunaan produk skincare yang betul , serasi dan sesuai dengan kulit muka kita dan digunakan secara berterusan dan konsisten adalah rahsia penjagaan kulit muka yang bebas dari jerawat.

Kulit muka

Lain padang, lain belalang. Lain orang, maka lainlah jeniskulit mukanya. Di pasaran pun ada berpuluh or maybe beratus jenis produk skincare, untuk pelbagai jenis kulit wajah.

Produk A mungkin sesuai dengan kulit wajah Si B, tetapi tak cocok untuk kulit wajah Si A. Produk B pula sangat molek dan menjadi bila Si B guna, tetapi bila Si A pakai dah jadi lain pulak.

Itulah senarionya.

Kesesuaian produk skincare dengan kulit muka kita juga mungkin juga disebabkan oleh factor hormon, genetic, persekitaran dan kadang-kadang disebabkan oleh diet pemakanan kita.

SO, kita semua adalah makhluk ciptaan ALLAH yang unik. Ada dalam kalangan kita yang berhadapan dengan masalah kulit muka yang serius dan terpaksa mencuba pelbagai jenis produk skincare dalam merawat kulit muka.

Ada pula yang hanya perlukan penjagaan kulit muka yang minimal tetapi masih boleh berbangga dengan kulit wajah yang bersih dan cantic.

Ada juga insan-insan terpilih di luar sana yang tidak pernah menggunakan apa-apa produk skincare sepanjang hidup mereka, tetapi… mempunyai kulit muka yang halus mulus dan gebus. Rezeki masing-masing la kan.

Jenis kulit muka
– Kulit sensitive
– Kulit berminyak
– Kulit kering
– Blemish – prone

3 langkah penjagaan kulit muka berjerawat: Clean, treat, moisturize

Jadikan 3 langkah mudah ini sebagai amalan rutin anda dalam penjagaan kulit muka. Insya Allah berkesan dalam mencegah dan mengurangkan jerawat di muka.

CUCI
Membersihkan muka adalah perkara wajib yang perlu dilakukan. Namun begitu, pemilihan pencuci muka juga penting. Pilih pencuci muka yang lembut pada kulit wajah, tidak mengeringkan kulit dan juga pH balanced.
Elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan aktif seperti salicylic acid dan benzoyle peroxide.

RAWAT
Mencuci sahaja tidak cukup untuk mengelakkan jerawat muncul di muka. Anda memerlukan face treatment yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti benzoyl peroxide, anti-inflammatory, atau anti-bactirieal untuk melawan jerawat.
Menurut laman myhealth.gov.my, akne yang ringan dan tidak serius boleh dirawat dengan menggunakan ubat yang di beli di farmasi.

Pastikan ubat yang dibeli mengandungi benzoyle peroxide 2.5 %.

Sekiranya masalah jerawat anda bertambah teruk, saya mencadangkan supaya anda pergi ke mana-mana klinik dan mendapatkan nasihat doktor.

Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotic (Clindamycin) untuk akne yang sederhana.

BAHAN DAN FUNGSI

Benzoyl Peroxide – Berfungsi sebagai anti-bakteria, membersihkan liang roma yang tersumbat Kandungan bahan ini dalam produk rawatan akne adalah berbeza, antara 2.5% hingga 10%. Kandungan 2.5% sudah memadai kerana ia kurang kesan irritation pada kulit.

Salicylic Acid – Membersihkan liang roma, anti bakteria

Azelaic Acid – Anti bakteria, antioxidant

Retinoids ( Adapalene, Tretinoin) – Membersihkan liang roma, anti -penuaan , tretinoin memerlukan preskripsi daripada doctor.

Sodium Ascorbyl Phosphate – Sumber dari vitamin C. Berfungsi seperti antibiotics, mencerahkan kulit

Moisturize
Kebanyakan daripada kita tiada masalah dalam rutin membersih muka dan juga treatment muka dari jerawat. Tetapi kita lupa untuk langkah penjagaan kulit muka yang penting ini iaitu moisturize atau pelembap.

Kenapa pelembap ini penting?

Semasa proses treatment, kita menggunakan produk yang majoritinya mengandungi bahan aktif yang sifatnya merengsakan kulit seperti benzoyl peroxide.

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita membilas kembali kulit muka dengan pelembap yang sesuai supaya kulit muka kembali segar dan tidak merengsakan.

Pemakaian pelembap ini menjadi lebih penting bagi mereka yang telah melangkaui usia remaja. Penuaan kulit wajah selari dengan usia yang bertambah, oleh itu kulit muka yang menua akan lebih berisiko mengalami iritasi.

Bagi golongan dewasa yang berhadapan dengan masalah kulit muka berjerawat, anda perlu menitik beratkan aspek kelembapan kulit muka, atau dalam kata lain anda perlu sentiasa memastikan supaya kulit muka sentiasa lembap/moisturized.

Ramai dalam kalangan kita yang terus tenyeh muka dengan pelbagai produk skincare yang sekiranya digunakan tanpa panduan yang betul ianya hanya akan merengsakan, mengering dan akhirnya memburukkan lagi masalah jerawat di kulit muka.

Percayalah bahawasanya cara yang terbaik untuk merawat kulit berjerawat ialah dengan mencuci muka dengan lembut menggunakan pencuci muka yang sesuai dan tidak merengsakan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment