
Bahan-bahan diperlukan:
- 2 cawan tepung gandum (Diayak)
- 1 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 1½ cawan susu cair
- 1 cawan air
- Sedikit marjerin (Bagi disapu pada loyang)
Cara menyediakan dan memasak:
- Panaskan oven pada suhu 170°C menggunakan api bahagian atas dan bawah.
- Gaulkan semua bahan supaya sebati.
- Tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit marjerin.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit.
- Bakar lagi menggunakan api bahagian atas sahaja selama 10 minit supaya nampak garing.
- Sejukkan dan potong.
- Sedia dihidangkan.