
Semua orang mahukan rambut sihat, lebat dan bersinar. Namun, sebenarnya sedar atau tidak, rambut kita sering terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran serta haba. Kebanyakan mereka pasti sudah pun mewarna rambut atau melakukan sesuatu pada rambut mereka.
Seperti saya juga, sejak berambut pendek dan memiliki bangs, saya pasti perlu lakukan blow dry setiap pagi sebelum ke kerja atau majlis-majlis penting. Tipulah jika saya tidak kata yang rambut saya tidak menjadi kering. Semestinya ia kering. Ditambah pula, saya turut pernah meluntur rambut! That is even worst!
Kalau tidak menjaganya dengan betul, rambut kamu akan jadi teruk, terlalu kering dan cepat gugur. Di sini saya ingin kongsikan 5 tip-tip yang boleh kamu cuba untuk merawat dan mendapatkan kembali rambut yang lebih sihat malah lebih bersinar. Saya sudah mencuba beberapa tip ternyata ia berkesan. Ingatlah bahawa rambut adalah mahkota wanita. Kita tidak mahu kelihatan selekeh apabila bertemu orang luar dengan rambut yang agak kusut dan kering bukan?
#1 KURANGKAN RUTIN MEMBASUH RAMBUT
Tahukah kamu bahawa air mampu membuat rambut membengkak dari dalam? Ia sebenarnya memaksa pertumbuhan kutikel rambut untuk keluar sebelum masanya. Jika itu berlaku, rambut sebenarnya akan menjadi cukup mudah menjadi kusut dan rosak. Kamu tidak mahu rambut kamu jadi begitu, bukan? Apa yang boleh di buat ialah elakkan mencuci rambut secara harian. Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Kamu juga boleh menggunakan syampu kering sebagai pilihan kedua menggantikan cucian rambut.
#2 JANGAN BUANG MAYONIS KAMU!
Buat pupur rambut sendiri di rumah menggunakan bahan apa yang ada di dapur kamu. Mayonis membekalkan punca protein yang cukup bagus pada rambut. Apa yang kamu boleh buat ialah sapukan mayonis pada rambut. Biarkan selama satu jam, kemudian bilaskan rambut. Kamu pasti akan terpukau dengan kelembutan serta sinar yang diberikan pada rambut.
#3 ELAKKAN MANDI AIR PANAS
Air panas hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Jika kamu gemar mandi air panas, ambil perhatian tentang ini! Air yang panas juga akan membuatkan rambut kamu kering serta kusut. Jika kamu masih mahu mandi air panas, cadangan saya adalah untuk mencampur air yang sejuk dan seeloknya pilih air yang bersuhu sederhana, sedikit suam berbanding terlalu panas.
#4 TEKNIK YANG BETUL SYAMPU RAMBUT PERLU KAMU TAHU
Ada antara kita yang menggunakan syampu dalam kuantiti yang banyak setiap hendak syampu rambut, betul? Ada antara kamu yang pasti ingat semakin banyak syampu kamu gunakan, semakin bersih dan terbunuh segala bakteria dan kotoran yang ada pada rambut. Persepsi ini ternyata salah! Sememangnya pemilihan syampu itu penting. Namun cara mengaplikasikannya juga sama penting. Kuantiti syampu yang perlu kamu guna hari-harian itu bergantung kepada berapa panjang serta ketebalannya. Mulakan dengan mengambil syampu dalam kuantiti yang sikit dan fokuskan pada akar rambut dan bukannya hujung rambut.