10 TIPS MENGURANGKAN STRESS DALAM KEHIDUPAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Punca seseorang mengalami stress adalah tidak tertakluk kepada sesuatu sebab dan ia boleh dialami pada bila-bila masa sahaja. Bagi tahap stress yang tidak terkawal boleh mengakibatkan depresi atau kemurungan. Namun begitu, stress bukanlah penyakit yang rumit dan boleh dirawat dengan mudah. Menangani stress adalah mudah dan senang sekiranya kena dengan caranya. Mari saya kongsikan kepada anda 10 tips untuk mengurangkan stress dalam kehidupan harian kita.

1.LUAHKAN PADA SESEORANG

Luahkan masalah anda pada seseorang yang anda percaya an boleh menerima kita ketika kita dalam keadaan susah. Bercerita pada seseorang tidak akan menyelesaikan masalah anda sepenuhnya, namun dapat mengurangkan beban masalah yang anda tanggung. Mungkin jika anda bersama orang yang boleh dengar luahan anda tadi hati anda menjadi lebih tenang dan ia boleh mengurangkan stress anda.

2.JUS BUAH-BUAHAN

Anda perlu mencuba untuk minum jus buah-buahan seperti oren, mangga, tembikai dan lain-lain. Hal ini kerana minuman berjus merupakan salah satu aromaterapi yang mana buah-buahan menghasilkan bau yang menyegarkan dan membantu anda untuk berfikir. Jadi, minumlah jus buah-buahan kerana jus bukan sahaja sihat tetapi mengurangkan stress anda!


3.BEREHAT

Keletihan adalah salah satu punca anda alami stres. Dalam keadaan badan yang letih, minda anda tidak dapat berfikir dengan baik justeru menyebabkan kawalan badan dan minda yang kurang. Purata jangka masa tidur yang sesuai untuk orang dewasa ialah 4 hingga 6 jam. Jika anda tidur kurang dari 6 jam ia akan mengakibatkan badan anda rasa letih semasa kerja dan ia akan mengundangkan stress pada diri anda. Jadi anda perlukan rehat yang cukup untuk mengurangkan stress dalam diri anda.

4.AMBIL MASA DAN JAUHKAN DIRI DARI MASALAH

Anda perlu buat satu jadual perancangan dalam menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Ambil sedikit masa untuk relaks dan santai. Sekiranya perlu, jauhkan diri anda dari perkara yang membuatkan anda stress seperti orang atau kerja. Dalam erti kata lain, anda perlu mengasingkan diri dan memerlukan masa untuk bersendirian supaya stress anda dapat dikawal.

5.URUSKAN DIRI ANDA DENGAN TERATUR

Pengurusan diri juga adalah penting dalam menangani stress. Untuk atasi masalah stress anda perlu memastikan persekitaran anda kemas dan bersih kerana ia dapat memberikan suasana yang tenang kepada anda untuk hilangkan stress. Suasana sekeliling yang kecoh dan kelam-kabut membuatkan minda anda serabut. Susun atur perabut dan barangan dengan teratur supaya anda mudah berfikir dan menyelesaikan tugasan yang ada. Sekiranya anda mempunyai banyak perkara yang perlu diselesaikan, rancang tugas anda. Sediakan buku perancang (planner) supaya tugas yang hendak diselesaikan dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.

6.SENAMAN RINGAN

Anda perlu lakukan senaman ringan seperti menggerakkan badan, menari, menghentak kaki dan sebagainya. Senaman ringan ini boleh melancarkan peredaran oksigen dalam badan ke otak yang boleh mengurangkan stress yang ada. Selain itu, gerak-gerakkan badan seperti rutin menari dengan lagu kegemaran anda. Perkara ini bukan saja menghilangkan stress anda malah menyeronokkan.

7.EKSPRESI

Ekspresikan tekanan anda dalam bentuk tulisan seperti pada buku, jurnal, diari, mahupun papan kekunci computer anda. Dengan cara ini anda dapat meredakan rasa stress anda dengan terkawal. Apabila selesai menulis, buang semua tulisan tersebut supaya anda tidak akan membaca mereka lagi dan menambah semula stress anda. Dengan menulis, fikiran anda akan menjadi tenang dan terkawal. Ekspresikan perasaan boleh juga dalam bentuk nyanyian, atau tarian. Apabila anda mengekspresikan sesuatu, fikiran anda akan terarah dan anda boleh menjadi lebih fokus.

Woman Writing Diary Feminine Glamour Concept

8.BERFIKIRAN POSITIF

Sentiasa berfikiran positif. Alihkan fikiran anda ke arah sesuatu yang positif. Sekiranya anda sedang menghadapi pelbagai masalah, redha serta juga berfikir tentang jalan penyelesaian terbaik.

9.SENYUM DAN KETAWA

Lakukan perkara yang boleh membuat anda rasa gembira. Cipta hobi yang boleh buat anda gembira apabila anda melalukukannya seperti menyanyi, melukis, menari dan sebagainya. Selain itu, gembirakan orang yang anda sayang. Sekiranya mereka gembira, anda juga gembira. Apabila gembira, anda akan lebih kurang merasai stress. Walaupun penghidap stress akan senyum atau ketawa pada perkara yang mudah dan kecil, kawalan stress dengan cara ini dapat membantu

10.BERJUMPA DENGAN PAKAR TERAPI

Sekiranya semua di atas ini gagal, cari pilihan untuk berjumpa dengan pakar. Pakar bukan saja boleh membantu anda menangani stress namun boleh mencadangkan alternatif lain bagi membantu permasalahan anda.

ANDA RASA LETIH DAN TAK BERTENAGA JANGAN RISAU SAYA ADA SATU PRODUK UNTUK ATASI MASALAH TERSEBUT….DENGAN SL SUPPLEMENT ANDA AKAN KEMBALI BERTENAGA DENGAN HANYA SEHARI SEKALI MINUM SAHAJA…JOM DAPATKAN SEKARANG SL SUPPLEMENT…UN TUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT ANDA BOLEH PAGE FB KAMI DI SECRETS LIVING DAN ANDA BOLEH KE WEBSITE KAMI SECRETS LIVING

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Replay

Leave a Comment